TEMA : MENGENAL NEGARA KITA

Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia. Malaysia terletak di Garisan Khatulistiwa beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia. Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar serta habitatnya.

TEMA : SEJARAH NEGARA KITA

Tema ini membincangkan sejarah negara kita bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar. Disamping itu, tema ini turut menjelaskan sejarah awal Sabah dan Sarawak. Dalam tema ini, kita akan mengetahui tentang zaman penjajahan yang merangkumi kedatangan kuasa luar dan penentangan penduduk tempatan terhadap penjajah.

Thursday, May 8, 2008

PROJEK KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Kajian Tempatan
Tahun : 5
Tema : Sejarah Negara Kita
Topik : Kesultanan Melayu Melaka
___________________________
PERANCANGAN UNIT
Dalam rancangan ini murid akan memainkan peranan sebagai pengkaji sejarah yang bertugas untuk mengkaji Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kumpulan pengkaji sejarah ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang memainkan peranan utama yang berlainan. Yang penting penyelidikan yang dibuat oleh kumpulan pengkaji sejarah ini adalah untuk menyedarkan kepada orang ramai tentang peranan masyarakat dahulu menubuhkan kerajaan. Antara peranan kumpulan pengkaji sejarah ini ialah mencari maklumat tentang latar belakang Parameswara dan memahami bagaimana Melaka mendapat nama. Disamping itu juga, kumpulan pengkaji sejarah turut mencatat rekod zaman kegemilangan Melaka seperti pentadbiran, perdagangan, penyebaran Agama Islam dan perbandingan pentadbiran Melaka dengan pentadbiran masa kini. Pengkaji sejarah juga perlu melakar peta-peta tertentu berdasarkan bidang kajian yang dilakukan supaya pengkajian tersebut lebih bersistematik. Sebagai langkah yang lebih baik para pengkaji ini cuba memasukkan elemen multimedia dalam hasil kajian mereka seperti rakaman video dan audio untuk menceritakan kembali perihal pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan bagaimana Melaka mendapat nama. Maklumat-maklumat yang lain akan dibuat dalam bentuk persembahan power point dan templet di mana diakhir kajian ini segala hasil kerja akan dipaparkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sempena Hari Kokurikulum peringkat sekolah.

A) Pengasasan Melaka
Subtopik 1 : Latar Belakang Parameswara

1. Murid dapat menceritakan kembali latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
2. Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
3. Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

Subtopik 2 : Melaka Mendapat Nama

1. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka
2. Menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasas Melaka

B) Kegemilangan Melaka
Subtopik 1 : Pentadbiran Yang Sistematik.


1. Murid dapat menyatakan gelaran jawatan Pembesar Berempat.
2. Menyatakan peranan Sultan dan Pembesar Berempat.

Subtopik 2 : Tokoh-Tokoh Kesultanan Melayu Melaka.

1. Murid dapat menyenaraikan tokoh-tokoh dan sumbangan pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Subtopik 3 : Perbandingan Pentadbiran Melaka dengan Pentadbiran Masa Kini.
1. Murid dapat membandingkan dan membezakan struktur pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka dan struktur pentadbiran negara Malaysia kini.

Subtopik 4 : Melaka Sebagai Pusat Perdagangan.

1. Murid dapat menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan.
2. Murid dapat menceritakan aktiviti-aktiviti perniagaan di Melaka.

Subtopik 5 : Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam.

1. Murid dapat menyatakan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan pusat perdagangan.

Subtopik 6 : Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Ilmu
1. Murid dapat menyatakan peranan istana sebagai pusat kegiatan ilmu
2. Menyenaraikan aktiviti keilmuan yang dijalankan di istana.
3. Menyatakan golongan yang mendapat faedah daripada kegiatan ilmu di istana

C) Perluasan Kuasa
Subtopik 1 : Cara Perluasan Kerajaan Melaka


1. Murid dapat menyatakan cara-cara perluasan kuasa.
2. Murid menyenaraikan negeri jajahan takluk.
3. Menyatakan secara ringkas sebab-sebab perluasan kuasa.

Subtopik 2 : Kebijaksanaan Pemimpin

1. Murid dapat menyatakan peranan pemimpin dalam perluasan tanah jajahan.

D) Kedatangan Kuasa Luar
Subtopik 1 : Tujuan Kedatangan

1. Murid dapat menamakan kuasa-kuasa luar yang datang ke Melaka.
2. Menerangkan latar belakang kuasa luar
3. Menyatakan cara kedatangan kuasa luar ke Melaka.

E) Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka
Subtopik 1 : Faktor Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka